Monday, November 02, 2015
Kenapa Pulak Jadi Begitu...... Azmin Enggan Layan DAP
KUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali enggan melayan
gesaan ahli DAP supaya wakil rakyat PAS dipecat daripada pentadbirannya.
Menurut Azmin, adalah tidak adil untuk menggunakan pandangan seorang
pemimpin bawahan sebagai senjata bagi menyerang pentadbiran Selangor
yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.
"Itu pandangan DAP Selangor atau seorang delegasi? Saya mengambil
pendirian yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk
meneruskan khidmat kepada rakyat seperti yang dijanjikan sebelum pilihan
raya umum.
"Itu keputusan DAP. Anda tak boleh ambil satu pandangan daripada seorang
deligasi dan go against me…saya tak fikir ia adil,” katanya ketika
ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin malam.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong
Yoke Kong yang menggesa supaya pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh
kepada Azmin untuk memecat wakil rakyat PAS daripada pentadbirannya.
Chiong memberi kata dua bahawa DAP akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu jika permintaan mereka tidak dilayan.
Sementara itu mengulas mengenai pendirian terbaharu PAS yang ingin
berkecuali dalam usul menolak Bajet 2016, Azmin bagaimanapun memberitahu
bahawa beliau masih belum dimaklumkan mengenainya.
"Saya tak tahu, itu keputusan baharu,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment