Monday, November 02, 2015
Kita Tahu Siapa Tipu Sapa Sekarang Ni..... Debat : Cadangan Arul Bukti Dia Profesional Bukan Main Politik
Dari segi politiknya, CEO 1MDB Arul Kandasamy melakukan ‘kesilapan
politik’ bila memberi syarat kepada Ahli Parlimen DAP, Tony Pua untuk
berdebat dimana dia meminta Tony letak jawatan dulu sebagai ahli PAC
sebelum boleh berdebat. Silapnya tu ialah bila orang baca, Tony tak
letak syarat, Arul pulak letak syarat.
Semua orang politik tahu permainan yang semacam ini. Jadi kalau ada
cara lain, pilihlah cara lain itu, jangan sesekali letak syarat.
Begitupun disinilah kelebihan Arul – dia bukan ahli politik, dia seorang
professional. Dari pandangan preofessional, tidak seharusnya seorang
ahli PAC seperti Tony yang akan mengadili 1MDB, berdebat ketika
prosiding sedang berjalan.
Jadi syarat yang diletakkan oleh Arul agar Tony melepaskan jawatannya
dulu dalam PAC sebelum debat boleh diadakan adalah betul dalam konteks
Arul sebagai seorang professional perniagaan. Dia mana tahu dan peduli
dengan game politik, bukan dia cari makan dengan politik.
Beza dengan Tony. Hidupnya 24 jam ialah berpolitik dan macam mana nak
spin keadaan supaya macam mana buruk pun DAP, akan tetap di nampak baik.
Dalam politik, hitam boleh jadi putih, putih boleh jadi hitam,
bergantung kepada persepsi, bukan realiti. Beza dengan professional
macam Arul. Rugi, rugilah, untung, untunglah, mana ada diantaranya
Tak bolehlah Tony menyamakan Arul macam ahli politik apabila menyifatkan
cadangan agar dia melepaskan jawatan itu sebagai tidak masuk akal.
Logiklah cadangan tu dari sudut pandang seorang professional kan.
Orang yang tak professional pun pandang cadangan seperti itu masuk
akal.
Justeru, kalau soalnya rakyat, kalau soalnya nak mencari kebenaran dalam
isu 1MDB ini, Tony tidak seharusnya mempunyai sebarang masalah untuk
melepaskan jawatannya itu dan berdebat dengan Arul.
Lagipun, Tony banyak sangat cakap ni, semua pun sebelah pihak saja.
Bila ada peluang untuk persoalannya dijawab, kenapa nak lepaskan?
Lainlah kalau Tony bukan nak cari jawapan tapi semata-mata untung
politik.
Kalau itu sebabnya, memang patut Tony cari atau cipta apa juga alasan untuk tidak berdebat dengan Arul secara langsung di TV.
Terfikir juga penulis, yang Tony minta debat secara langsung di TV ni
bukan syarat juga ke? Jadi kalau nak di debat dari sudut itu maka
adillah Tony letak syarat, Arul pun letak syarat, tapi kenapa syarat
Arul saja yang jadi isu?
Untunglah bila ramai orang bodoh jadi penyokong.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment