Wednesday, November 11, 2015
Sanggupkah Menteri Kesihatan Berdepan Dengan SEJUTA Pengguna Vape?
Rokok memang sudah difatwakan Haram dan disahkan memudaratkan kesihatan,
tapi kenapa Kementerian Kesihatan lebih sibuk nak hapuskan Vape diatas
alasan penyalahgunaan nikotin?
Apakah rokok tak mengandungi nikotin? Adakah Kementerian Kesihatan
terutama Menterinya "buta kayu" tentang racun serta mudarat rokok yang
sepatutnya mereka benteras penjualan serta pengambilannya dikalangan
rakyat?
Rokok sudah diketahui umum mengandungi 4000 bahan kimia termasuklah
nikotin.., tetapi rokok masih dibiarkan dijual secara bebas kerana
membayar cukai kepada kerajaan.
Vape pula hanya mengandungi nikotin diserang secara besar-besaran.
Mengapa begitu?? Akta Racun??? Apakah Rokok tidak beracun??? Kenapa
Rokok tak dirampas oleh Kementerian Kesihatan sepertimana cecair Vape??
Adakah hanya kerana Vape tidak dikenakan cukai serta popular dikalangan
orang muda, maka Vape dijadikan mangsa serangan bertali arus dari
"haters" diseluruh negara? Terfikir pulak.., apakah Kementerian
Kesihatan lebih suka rakyat Malaysia merokok?
Didalam hal serbuan dan tindakan merampas cecair vape oleh Pegawai
Kementerian Kesihatan, ada yang mendakwa ianya tak diarahkan oleh
kerajaan dan juga pihak Kementerian, sebaliknya Pegawai Kementerian
mendapat arahan terus dari Menteri berkenaan. Benarkah dakwaan tersebut?
Apapun, pujian harus diberikan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, DS Dr
Hilmi Yahaya yang menggesa penjual Vape diberikan masa untuk menjalankan
perniagaan secara sah. Dr Hilmi juga tak bersetuju dengan tindakan
drastik merampas semua cecair Vape.
Berbanding dengan tindakan Subramaniam yang mengarahkan semua cecair
vape dirampas di seluruh negara, gesaan Dr Hilmi dilihat sangat
bertentangan. Ini menunjukkan bahawa serangan terhadap peniaga Vape
sebenarnya tidak dilakukan secara sebulat suara di pihak Kementerian.
Tak hairanlah jika ada yang mendakwa Menteri Kesihatan menerima tekanan
dari pihak-pihak tertentu didalam isu vape ini. Sanggupkah Subramaniam
berdepan dengan sejuta pengguna vape di seluruh negara?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment