Monday, November 02, 2015

Sorry DAP… PAS Tetap Berkecuali Pada Bajet 2016

Ini yang buat DAP lagi bertambah angin satu badan pada PAS.Hajat parti itu dengan geng pembangkang PKR dan Amanah adalah nak malukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengundi tolak Bajet 2016 di Dewan Rakyat masa mengundinya nanti.

Namun PAS kini sudah bikin rosak program.Ahad lalu Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah kata Ahli Parlimen PAS tidak akan ikut serta Ahli Parlimen Pakatan Amanah tolak bajet itu.

Sebaliknya mereka akan berkecuali kerana rasa ada aspek-aspek positif dalam bajet itu.

Isnin,bila wartawan jolok Ketua Pemuda PAS Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas,beliau juga menyuarakan pendirian yang sama.

Katanya keputusan PAS ialah kekal berkecuali pada bajet itu.

Nik Abduh kata ada beberapa isu dalam bajet itu yang PAS kritik tetapi ada banyak juga yang ia membantu rakyat.

Menurutnya isu utama yang PAS tentang ialah GST.

Para pemimpin DAP kecewa dengan sikap PAS dan cuba gambarkan sikap ini mereka lebih condong berdakap mesra dengan BN.

Bajet 2016 kini masih diperingkat perbahasan oleh para Ahli parlimen. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment