Ini berikutan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai dan Permatang Pauh itu tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad hingga berlaku pertikaman lidah antara mereka.
Menurut Nur Jazlan, bekas ketua pembangkang itu diberikan tiga kumpulan ortopedik termasuk dipilih sendiri oleh keluarganya, dan turut diakui bahawa Anwar mendapat layanan lebih baik berbanding banduan lain.
Ujarnya lagi, sepanjang 38 minggu di penjara, Anwar sudah menjalalani 83 kali pemeriksaan perubatan dan 10 kali rawatan fisio.
"Pelbagai keistimewaan diberi yang tidak diberi kepada banduan lain. Saya harap keluarga Datuk Seri Anwar memahami kerajaan sentiasa menjaga kesihatan beliau," katanya.
Nurul Izzah menuntut bapanya diberikan rawatan 3 hari seminggu manakala Wan Azizah mahu Anwar di tempatkan di hospital untuk rawatan berterusan.
No comments:
Post a Comment