Monday, November 02, 2015

Ini Adalah Wayang Belaka Saja..... Ahli Melayu Dilantik Ke Jawatankuasa DAP Selangor

PETALING JAYA : DAP Selangor akhirnya menyaksikan kehadiran beberapa ahli Melayu dalam jawatankuasanya walaupun mereka sebenarnya dilantik ke jawatan berkenaan.

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, penyelaras Roketkini Edry Eddy Yusof dan Young Syefura Othman adalah tiga ahli Melayu dilantik itu, lapor ANN.

Dalam pemilihan yang diadakan di Konvensyen Tahunan DAP Selangor di sini Ahad, tiada calon Melayu yang bertanding berjaya mendapat tempat dalam jawatankuasa negeri.

Edry yang bertanding hanya menerima 272 undi.

DAP Selangor kekal dipimpin oleh pengerusinya Tony Pua dan timbalan pengerusi Gobind Singh Deo, masing-masing mendapat 495 dan 736 undi.

Apabila disoal mengenai prestasi buruk calon Melayu ketika pemilihan di sidang akhbar kemudian, Pua berkata ramai daripada ahli Melayu masih baru dalam parti.

“Saya hanya boleh buat spekulasi ramai ahli negeri tidak mengenali secara mendalam (calon Melayu),” katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment