Monday, November 02, 2015
Guan Eng Kata Hadi Cenderung Kepada UMNO... Takut Ke Apa DAP Ni?
GEORGETOWN : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini berkata,
tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas
mengenai barisan kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu
yang cenderung kepada Umno.
Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Abdul Hadi itu, Lim
berkata, beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin Pas itu yang
menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai perkara biasa.
"Itu jelas menunjukkan hala tuju Pas di mana beliau (Hadi) cenderung
kepada perdana menteri dan Umno," katanya yang menyifatkan rombakan
kabinet semalam sebagai satu gempa bumi.
Pada sidang akhbar di sini, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau
Pinang berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin
dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan
Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet baharu itu.
Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.
Abdul Hadi berkata, terlalu awal bagi Pas untuk menyatakan pendapat berhubung barisan kabinet itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment