Monday, November 02, 2015

TONY PUA PENGECUT! ‘Tony Pua Akan Cari Helah Batalkan Debat Dengan Arul Kanda’

KUALA LUMPUR : Debat bersama Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy mungkin tidak menjadi kenyataan.

Ini kerana, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, pencabar Arul Kanda, iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua akan berusaha mencari pelbagai alasan, untuk memastikan debat itu tidak dapat diadakan.

“Tony Pua akan cari helah dan dalih sehingga debat ini gagal, walaupun RTM dah bersetuju mengadakan siaran langsung debat tersebut,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Fiesta Bikers di Stadium Shah Alam, pada Ahad.

Rabu lalu, Tony Pua mencabar Arul Kanda untuk berdebat dengannya secara langsung di televisyen, berhubung isu 1MDB.

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menawarkan RTM untuk menyiarkan debat itu secara langsung.

Arul Kanda menyahut cabaran tersebut dengan meletakkan syarat, Pua perlu melepaskan jawatannya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat 1MDB, bagi mengelakkan konflik kepentingan dan integriti jawatankuasa itu.

Pua bagaimanapun enggan meletak jawatan dalam PAC, dengan memberi alasan, tiada konflik kepentingan dalam debat tersebut.

Semalam, Arul Kanda bersetuju untuk berdebat dengan Pua, tanpa sebarang syarat.

“Pada saya, Arul Kanda memegang prinsip berani kerana benar. Tony Pua hanya berani bercakap, tetapi dia sebenarnya seorang pengecut dan akan mencari helah untuk tidak berdebat,” katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment