Wednesday, November 11, 2015
Anwar Bukan Nak Pakar Datang Sini, Dia Tu Nak Ke Luar Negara
Kerajaan Malaysia
ini dalam dikatakan zalim dan sebagainya (yang buruk-buruk), masih sudi
membenarkan pakar perubatan terhebat entah dari dunia mana, datang ke
sini merawat banduan paling speSIAL, Anwar.
Sepanjang penulis hidup, entah sakit apa
83 kali rawat tak baik-baik juga – dalam tempoh yang cukup singkat,
hanya 38 minggu. Biasanya kalau beberapa kali rawat tak juga elok dalam
tempoh itu, hujung kepada jawapan ialah kubur, tapi Anwar dalam sakit
tak elok-elok tu, dia nampak bugar dan sihat termasuk mampu berjalan
sendiri hadir ke Mahkamah.
Mungkin kerajaan pun pening dengan jenis
penyakit Anwar dan maka itu mengambil keputusan untuk benarkan pakar
luar negara datang merawat, apa kurang dengan doktor kita pun tak tahu.
Tapi penulis harap kerajaan jangan
terperangkap. Pakar yang nak dibawa ni sudah tentulah pilihan Anwar
sendiri. Bimbang nanti ada pula cadangan dari pakar berkenaan agar
Anwar dibawa ke luar negara untuk mendapatkan rawatan yang sempurna,
alasan, kelengkapan sini tak cukup.
Sebab kita tahu, Anwar tu yang nak
keluar negara jumpa pakar, bukan pakar luar negara datang sini rawat
dia. Memang tawaran kerajaan sudah cukup baik, belum ada banduan mana
dalam dunia yang dapat tawaran sebegini tapi percayalah, itu semua belum
cukup untuk Anwar pasal tujuannya bukan itu, dia tu yang nak keluar.
Bagaimanapun, setakat kemurahan hati
yang ditunjukkan kerajaan sekarang (bagi pertimbangan pakar luar datang
merawat), membuktikan bahawa kerajaan BN ini sudah cukup baik waima
dalam hal melayan banduan. Carilah mana dalam dunia nak jumpa kerajaan
macam ini, sehinggakan banduan pun dibenar bawa pakar sendiri dari luar
negara.
Selalunya banduan dilayan macam manusia
kelas dua, ada beberapa negara tertentu, macam binatang, tapi negara
kita lain. Dalam kes Anwar, rawat saja dah 83 kali, jumpa peguam lebih
60 kali, keluar dari penjara untuk hadir kes Mahkamah entah berapa kali,
jumpa keluarga dan sebagainya, tak istimewa lagi ke tu, zalim ke kita?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment