Monday, November 02, 2015
Arul Kanda Sedia Debat Dengan Pua Tanpa Syarat... Apa Tian Chua Mahukan Lagi?
KUALA LUMPUR : Arul Kanda Kandasamy kini bersedia berdebat secara terbuka
dengan Tony Pua tanpa mengenakan sebarang syarat, sekali gus menarik
balik syarat awal bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu perlu
meletak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Saya dengan ini menarik balik syarat saya. Saya akan bertemu dengan
Tony Pua dalam program bual bicara atau berdebat dengan beliau secara
langsung di televisyen tanpa mengenakan sebarang syarat.
"Saya tidak sabar dengan perbincangan ini supaya kita boleh berdebat
mengenai semua persoalan Pua," kata Presiden 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) itu.
Arul turut berterima kasih kepada RTM kerana bersetuju menyediakan platform untuk siaran langsung perdebatan itu.
Sejurus pengumuman itu, Pua turut mengucapkan terima kasih kepada Arul
menerusi Twitternya kerana menerima cabaran beliau dan menarik balik
syarat awalnya.
Beliau turut berterima kasih kepada RTM kerana bersetuju menjadi hos
program tersebut dan berharap tarikh, masa dan format akan akan
diselesaikan dalam masa terdekat.
"Satu-satunya orang yang akan mendapat manfaat adalah rakyat Malaysia yang mahu kebenaran didedahkan," kata Pua.
Pada malam Jumaat, Arul muncul dalam satu program temu bual bersama
Bernama TV yang mendorong Pua berkata hanya jawapan 'kitar semula' akan
diberikan.
Pua pada Sabtu kemudiannya mencabar Arul untuk berdebat secara langsung dengan beliau.
Arul menegaskan beliau bersetuju dengan cabaran tersebut tetapi Pua perlu terlebih dahulu meletak jawatan daripada PAC.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment