Monday, November 02, 2015

Takut Kerana Salahlah Tu..... Debat Arul Kanda-Tony Pua Peluang Perjelas Isu 1MDB

Kesediaan untuk bersemuka secara langsung di televisyen berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan peluang keemasan untuk menerangkan dengan terperinci berhubung isu berkenaan, kata bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Negara Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Reezal Merican, yang juga Timbalan Menteri Luar, berkata ia adalah platform terbaik bagi Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk memberi penjelasan terperinci tentang isu itu kepada Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Selain itu, katanya tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan kerana ia disiarkan secara langsung di televisyen dan terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian.

"Saya menggesa kedua-dua pihak agar mengambil peluang ini dan biarlah rakyat mengadili apa jua yang mereka sampaikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia ke-14, di sini hari ini.

Reezal Merican berkata demikian bagi mengulas kenyataan Arul Kanda yang mengumumkan kesediaan beliau bersemuka dengan Pua secara langsung di televisyen berhubung isu syarikat pelaburan negara itu, tanpa sebarang syarat selain berharap ia diadakan secepat mungkin. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment