Monday, November 02, 2015
PAS Jangan Layan DAP, Nasihat Penganalisis Politik
SHAH ALAM : PAS tidak perlu gusar dengan ancaman DAP yang mahu merampas
lapan kerusinya di Selangor pada pilihan raya umum yang akan datang.
Penganalisis politik, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah berkata satu
cara yang boleh diambil PAS untuk terus kukuh selain memastikan undi
Melayu tidak pecah adalah bekerjasama dengan Umno.
"PAS perlu anggap kenyataan itu sebagai amaran agar PAS lebih berwaspada.
"Dan untuk itu, cara untuk PAS menafikan angan-angan DAP itu dengan
meningkatkan kerjasama antara PAS dan Umno. Ia untuk memastikan undi
kaum Melayu tidak pecah," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Firdaus berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony
Pua bahawa parti itu boleh memenangi lapan kerusi DUN milik PAS
sekiranya bertanding di kerusi-kerusi berkenaan pada pilihan raya akan
datang.
Tony turut mendakwa DAP tidak akan berdepan dengan sebarang masalah
untuk menang di kesemua kerusi itu meskipun berlakunya pertandingan tiga
penjuru antara PAS, DAP dan Barisan Nasional (BN).
Lapan kerusi dimaksudkan oleh Pua itu adalah Seri Serdang, Dusun Tua,
Taman Templer, Tanjong Sepat, Chempaka, Lembah Jaya, Paya Jaras and
Meru.
Firdaus selepas itu menggesa PAS tidak 'melayan' permainan psikologi DAP
yang mungkin hanya mahu melihat sejauh parti kekuatan partinya.
"Kemudian angan-angan (kenyataan) Tony Pua hanya tinggal angan-angan.
"Itu hanya kenyataan di dalam proses komunikasi politik dalam
menyakinkan penyokong sendiri, di samping menyergah penyokong pihak
lawan," katanya lagi.
PAS, menerusi Pesuruhjaya negerinya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata
parti itu tidak akan berganjak dengan memberi laluan kepada DAP untuk
bertanding di lapan kerusi tersebut.
Beliau menyifatkan niat DAP itu hanya akan menguntungkan BN apabila berlakunya pertandingan tiga penjuru antara PAS, DAP dan BN.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment