Monday, November 02, 2015
Inilah Cerita Sebenarnya..... Tun M dan 'Orang Dalam' Kerajaan Cetuskan Kontroversi 1MDB - Arul Kanda
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed
dikatakan antara punca yang menyumbang kepada kontroversi syarikat
pelaburan negara, 1MDB.
Turut dikaitkan, mereka yang pernah berada dalam kerajaan.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden 1MDB, Arul Kanda mendakwa, sejak
tahun 2010 Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah mula
membangkitkan isu mengenai 1MDB tetapi tidak ada orang yang menumpukan
perhatian isu yang ditimbulkannya.
“Isu yang paling besar, seperti yang anda semua sedia maklum, adalah ketika Dr Mahathir mendakwa RM42 bilion hilang.
“Apabila Dr Mahathir dan mereka yang sebelum ini pernah berada dalam
kerajaan mula mengkritik, perkara ini menjadi bertambah besar dan
semakin kontroversi,” katanya pada sidang media.
Menurutnya, terdapat pelbagai faktor yang berlaku dari semasa ke semasa menambahkan lagi sensasi itu.
“Kontroversi 1MDB memang sentiasa ada, sejak hari pertama (tahun
2010).Pua telah membawa satu demi satu isu mengenai 1MDB tetapi tiada
siapa yang benar-benar memberi perhatian padanya sehingga Dr Mahathir
masuk campur.
“Selepas itu Pua mencabar saya dan mahu saya bertindak balas,” jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment