Monday, November 02, 2015
DAP Perguna Orang Islam Demi Tujuan Politik - PAS
KUALA LUMPUR : Pas mendakwa DAP hanya memperguna orang Islam untuk tujuan politik parti itu.
Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim mendakwa parti
itu mementingkan bilangan kerusi yang dikuasai dan mensasar agar untuk
menguasai sesebuah negeri supaya semua parti komponen lain menurut
kehendaknya.
“Selain kerusi mereka atau kerusi pihak yang taat pada mereka, DAP tidak
kisah jika UMNO atau BN yang menang asalkan apapun pakatan politik,
mereka yang paling banyak kerusi dan berkuasa.
“Jika ada negeri yang berjaya tewaskan BN. Maka DAP yang perlu berkuasa
dan boleh tentukan itu dan ini, begitu dan begini. Parti komponen kena
ikut kehendak mereka,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, chauvinisme dalam kalangan pemimpin tertinggi DAP itu akan
merosakkan perpaduan rakyat dan menimbulkan keresahan dan curiga
mengenai cita-cita sebenar parti itu.
“Adakah politik ala kiasu ini boleh menjaga kepentingan dan kemakmuran
kaum Cina dan India untuk jangka panjang bila jurang prasangka semakin
melebar? Untuk perniagaan ini tidak bagus. Hubungan seharian sesama
rakyat Malaysia yang majmuk pun tidak bagus,” ujarnya.
Malah Ahmad Amzad juga berkata, di dalam negara ini pertarungan untuk
orang Melayu hanya melibatkan dua parti sahaja iaitu UMNO atau Pas.
“Jika DAP terlalu bersungguh dengan dokongannya kepada Parti Amanah
Negara (Amanah), orang Melayu dengan segera dapat membaca bahawa dengan
memecahkan undi orang Melayu, DAP sebenarnya mahu menggagalkan kemaraan
Pas agar bilangan kerusi mereka yang paling besar.
“Jika PAS tidak menang, adakah PAN yang akan menang jika berlaku tiga
penjuru dengan UMNO? DAP pun tahu tidak mungkin. Maknanya DAP mahu UMNO
yang menang,” jelasnya.
Dia berkata, pihak yang sedang cedera dengan politik rakus, gopoh dan
gelojoh DAP bukan hanya Pas tetapi turut terlibat sama PKR.
“Kini PKR pula berdepan realiti ini. Pas yang masih menghargai tahaluf
siyasi dengan PKR berharap pelajaran penting ini dilalui oleh PKR dengan
baik demi harapan rakyat,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment