Monday, November 02, 2015

Guan Eng Selar PAS Pada Konvensyen DAP Selangor

PETALING JAYA : PAS menjadi topik hangat dalam perbincangan pada konvensyen DAP Selangor, dengan Lim Guan Eng menyelar parti Islam itu kerana tidak mahu menyokong usul penolakan Bajet 2016.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, tindakan PAS tersebut begitu mengecewakan, menunjukkan parti berkenaan tidak bersama-sama dengan parti pembangkang lain.

"Ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya bekerjasama rapat dengan Barisan Nasional," dakwa Guan Eng dalam ucapannya pada perasmian konvensyen itu, Ahad.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu sebuah akhbar harian berbahasa Melayu bahawa parti Islam tersebut tidak akan menyertai parti-parti pembangkang lain dalam usul menolak Bajet 2016.

Guan Eng mendakwa bahawa kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan PAS lebih memilih untuk bersama dengan Barisan Nasional.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment