Monday, November 02, 2015
Ini Semuanya Wayang DAP..... Tony Pua Perjelas Lantikan Tiga Ahli Melayu Dalam Jawatankuasa DAP Selangor
PETALING JAYA : Jawatankuasa DAP Selangor akhirnya menyaksikan penyertaan
beberapa ahli di kalangan orang Melayu, seiring dengan matlamat untuk
menjadikannya sebagai parti berbilang kaum.
Peguam, Dr Abdul Aziz Bari, penyelaras Roketkini, Edry Eddy Yusof dan
Young Syefura Othman dilantik dalam jawatankuasa parti negeri.
Jawatankuasa berkenaan terus diterajui oleh pengerusi, Tony Pua dan
timbalan pengerusi, Gobind Singh Deo, masing-masing menerima 495 dan 736
undi dalam pemilihan parti negeri pada Ahad.
Ditanya mengenai tiada calon kaum Melayu yang dipilih, Pua berkata, kebanyakan calon Melayu masih baharu kepada parti.
"Saya hanya boleh membuat spekulasi. Kebanyakan anggota di sekitar negeri tidak cukup mengenali mereka (ahli Melayu)," katanya.
Beliau menegaskan bahawa keputusan itu tidak bermaksud ahli parti
mengundi berdasarkan kaum tetapi mengikut calon mana yang lebih dikenali
mereka.
Pua bagaimanapun berjanji untuk berusaha membantu ahli DAP di kalangan
orang Melayu supaya lebih dikenali dalam beberapa tahun akan datang.
"Kita mempunyai lebih ramai ahli Melayu dalam jawatankuasa negeri hari
ini dan kita akan meneruskan usaha untuk membawa lebih ramai ahli Melayu
dalam masyarakat," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment