Monday, November 02, 2015

Ismail Sabri Jawab Kritikan 'Campurtangan' Isu VAPE...

Apa kena mengena Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan bab orang hisap dan berniaga vape? Semua orang tahu beliau ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Portfolio beliau ialah jaga urusan pembangunan luar bandar,MARA dan lain-lain yang tidak ada kaitan langsung dengan bab kesihatan.

Ini ekoran semua media memetik beliau 'mengumumkan' bahawa mesyuarat kabinet Jumaat lalu memutuskan tidak haramkan vape.

Mereka yang mengkritik beliau berpendapat lojiknya keputusan itu sepatutnya keluar dari Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam.

Soalnya apakah beliau pandai-pandai campurtangan dalam bidang tugas orang lain?

Seorang akrtivis politik Zaharin Mohd Yassin tidak rasa begitu halnya.Beliau memberi pandangan mengenai isu itu di facebooknya.Katanya : Banyak orang macam marah pada Ismail Sabri fasal tolong cakapkan isu e-rokok@vape dan ada yg menampakan diri bodoh sendiri kerana tidak memahami apa itu sidang kabinet@jemaah menteri. 

Dalam sidang kabinet, jemaah menteri boleh bercakap atas apa isu, mungkin lepas isu itu di bawa oleh Menteri Kesihatan, agenda itu dibincangkan, Ismail Sabri bercakap atas dasar apa dia dengar dan baca dalam media sosial, jadi dia bukan campur dan ambil tahu tidak ada kaitan, dalam keadaan 36 Menteri jadi bisu dan dia bercakap, apa masalahnya?.

Ahad,Ismail tampil menjelaskan polimek berkenaan menerusi wall laman facebook Zaharin.

Jawapan DS Ismail Sabri di Wall Zaharin Mohd Yasin :

Terima kasih saudara Zaharin...ramai bukan jemaah menteri nak bercakap tentang jemaah menteri yang mereka sendiri tidak faham.

Dalam isu vape.. sehari sebelum mesyuarat jemaah menteri saya post di dalam facebook saya bahawa saya akan bangkitkan dalam mesyuarat kabinet dan akan mencadangkan supaya vape tidak diharamkan.

Selepas kabinet bermesyuarat dan membuat keputusan (JUmaat lalu) saya post lagi dengan mengatakan kabinet putuskan vape tidak diharamkan juga melalui facebook.

Facebook bermakna untuk facebook friends saya.

Saya tidik membuat sidang media atau buat statement kepada media..facebook adalah untuk friends friends bukan untuk public...soal mereka repost itu bukan kuasa saya menyekatnya..

Dalam soal apa yang boleh dan tidak boleh memgenai mesyuarat kabinet :

1. Jika sesuatu keputusan dibuat anggota kabinet tidak boleh komen di luar yang mereka tidak setuju dengan keputusan yang dibuat.

2. Menceritakan tentang perjalanan dan perbahasan dalam kabinet.

Contoh...dalam soal vape saya tidak boleh ceritakan apa yang saya cakap atau apa yang Datuk Seri Dr Subramaniam cakap.

Tapi keputusan boleh dimaklumkan.

3. Komen2 untuk menyokong keputusan kabinet boleh dibuat oleh anggota kabinet..

Dalam soal vape contoh...keputusan tidak memgharamkan...komen seperti cadangan supaya ada peraturan untuk kurangkan risiko..

Atau DS Jamil Khir (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ) bercakap dari sudut pandangan agama dan lain-lain...

Komen 2:

Apa kena mengena dengan saya?

95% peniaga vape adalah anak-anak muda melayu..

95% usahawan pembuat perasa vape adalah anak muda melayu yang sebahagiannya telah mengekspot perasa mereka ke China dan Eropah.

Apa akan jadi jika vape diharamkan?

Mereka akan gulung tikar

Siapa yang akan tergelak besar??

Syarikat rokok dan agen-agen syarikat rokok yang hampir or 100% dikuasai oleh orang lain.

Sebagai pemimpin melayu itulah kaitan saya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment