Monday, November 02, 2015

Inilah Dikatakan Lawak BODOH... Tony Pua Pulak Letak Syarat Tak Mahu Debat Hanya Talk Show

Sudah tukar ke bro... ayam sabung DAP Tony Pua gelabah pagi Sabtu sejurus selepas sidang media Presiden 1MDB Arul Kanda yang sedia berdebat dengan MP DAP itu tanpa syarat.

Yang lawaknya... kini Tony Pua yang letak syarat iaitu program beliau dan Arul bukan debat sebaliknya hanya live talk show yang mana hanya dia boleh tanya soalan.

"Ia sepatutnya sesi soal jawab, saya tanya Arul jawab bukannya debat," kata Tony Pua.

Setiausaha Publisiti DAP itu asalnya mencabar Arul untuk berdebat secara langsung di televisyen dan mendakwa sedia untuk 'memberikan lebih masa supaya Arul kanda dapat menjawab soalannya'.

Selepas Arul bersedia untuk berdebat langsung dengan Tony dengan syarat MP Petaling Jaya Utara itu meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Tony bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan mendakwa peranannya di PAC lebih penting dan pagi Sabtu Arul tampil untuk menarik balik syarat tersebut dan sedia menjawab Tony Pua secara langsung di kaca televisyen. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment