Monday, November 02, 2015

Pengkritik 1MDB Wajib Tonton Penerangan Khas Arul Kanda

Lokasi : The Royale Chulan, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media dan penerangan khas oleh Presiden 1MDB, Arul Kanda

Tarikh : 31/10/2015

Sidang media dan sesi penerangan khas oleh Presiden 1MDB, Arul Kanda bagi menjelaskan perjalanan 1MDB dan usaha yang telah beliau lakukan untuk membaik pulih kewangan syarikat milik kerajaan tersebut sejak mengambil alih pengurusan pada bulan Januari 2015.

Arul Kanda akui 1MDB terlebih hutang (highly geared) tetapi memberi alasan bahawa ianya bertujuan untuk membolehkan kerajaan menggunakan dana kerajaan untuk membiayai projek-projek kerajaan yang lain

Arul Kanda juga menyatakan kesediaan untuk berdebat dan bersemuka Tony Pua secara live di televisyen dan menarik balik syarat untuk Tony Pua melepaskan jawatan beliau dalam PAC.

Kepada pengkrtitik, pemerhati dan pengkaji 1MDB, luangkan lah masa dan tonton sepenuhnya rakaman penerangan dwi-bahasa oleh Arul Kanda yang berdurasi hampir 33 minit ini sebagai input yang yang penting.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment