Monday, November 02, 2015
Jangan Layan Mamat Ni.... Kerajaan Enggan Layan Permintaan Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR : Kerajaan enggan melayan permintaan supaya Datuk Seri Anwar
Ibrahim menjalani tahanan rumah selepas didapati bersalah kerana
meliwat bekas pembantu peribadinya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, isu
tahanan rumah tidak seharusnya ditimbulkan susulan masalah kesihatan
yang dihadapi Anwar.
"Perbezaan kali ini, kes yang dijalani adalah kes yang melibatkan
tuduhan seorang individu. Jadi kesnya adalah kes jenayah. Jadi soal sama
ada beliau akan diberikan pengampunan atau diberikan tahanan
rumah...saya rasa perkara itu tidak timbul.
"Hormati keputusan mahkamah. Kita pastikan beliau sentiasa sihat, kalau
ada masalah yang memberikan bahaya kepadanya atau menyebabkan perkara
yang serius, kerajaan akan pastikan beliau dapat rawatan yang
sepatutnya,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing)
sama ada kerajaan berhasrat memindahkan Anwar yang juga bekas ketua
pembangkang menjalani tahanan kediaman.
Kata Abdul Latiff, langkah berkenaan bagi memastikan kerajaan berlaku
adil kepada Anwar susulan tahap kesihatannya yang semakin merosot.
Terdahulu ketika menjawab soalan asal Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah
Pantai), Nur Jazlan berkata Anwar diberikan pelbagai keistimewaan
khususnya membabitkan isu kesihatannya.
"Datuk Seri Anwar telah melaksanakan hukuman selama 38 minggu, dalam
tempoh itu beliau menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan di Penjara
Suangai Buloh sebanyak 33 kali, termasuk doktor dari Hospital Sungai
Buloh, penjara dan juga pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Sepuluh kali rawatan itu adalah rawatan fisioterapi. Beliau menerima
keistimewaan yang tidak diberikan kepada banduan lain, dan saya harap
keluarganya akan memahami bahawa kerajaan sentiasa akan menjaga
kesihatan beliau," katanya.
Gesaan supaya Anwar menjalani tahanan kediaman pernah dibangkitkan
peguamnya, R. Sivarasa kerana mendakwa bekas ahli Parlimen Permatang
Pauh itu dinafikan akses kepada rawatan yang amat diperlukan beliau.
Wakil peguamnya menyarankan Anwar segera dipindahkan segera ke tahanan
kediaman supaya beliau dibenarkan menemui doktornya sendiri bagi
mendapatkan rawatan perubatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment