Monday, November 02, 2015
Maria Chin Bakal Didakwa Di Bawah Akta Perhimpunan Aman
Kutip dana dah berjuta-juta..standby siap-siap untuk bayar saman!
KUALA LUMPUR : Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah bakal didakwa
atas kesalahan menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dua hari berturut-turut
pada bulan Ogos.
Perkara ini disahkan oleh Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh melalui laman Twitternya.
Mandeep berkata Maria akan didakwa mengikut Seksyen 9 (5) Akta
Perhimpunan Aman 2012, pada 3 November di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Perhimpunan itu yang diadakan pada 29 Ogos hingga tengah malam 30 Ogos
lepas ialah perhimpunan keempat dianjurkan Bersih 2.0 dalam tempoh lapan
tahun.
Lima tuntutan Bersih 4 termasuklah pilihan raya bebas dan adil, sebuah
kerajaan yang telus, hak untuk berdemonstrasi, mengukuhkan sistem
demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara.
Pada 28 Ogos lapas, Polis telah mengkategorikan Bersih 4 sebagai
perhimpunan haram susulan kegagalan pihak penganjur memperoleh kebenaran
daripada pemilik premis untuk tujuan menggunakan lokasi berkenaan.
Menurut polis, mereka yang menyertai perhimpunan tersebut boleh
dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment