Wednesday, November 11, 2015
Naib Presiden PAS Dedah Perangai Buruk Husam
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan dakwaan
bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai berniat jahat untuk
memburukkan imej Pas sebagai sebuah parti Islam.
Amar berkata, dakwaan Husam mengenai Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi
Awang mahu menubuhkan kerajaan dengan kerjasama BN di negeri Selangor
berniat jahat mahu memburukkan imej presiden dan parti Islam itu.
Katanya, Husam seharusnya mengikut saluran yang betul mengenai
dakwaannya tersebut, bukannya membuat dakwaan terbuka yang sengaja mahu
memburukkan imej Pas.
Tambahnya, bekas Presiden parti pernah mengingati seluruh ahlinya agar
jangan menceritakan masalah dalaman parti secara terbuka dan
mengibaratkan masalah dalaman parti sebagai kehidupan berumah tangga.
"Tidak kena mengkritik atau menyerang parti dan presiden secara terbuka.
Kita selalu sebut kita ada saluran. Tok Guru Allahyarham Mursyidul Am
Pas Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah sebut parti umpama rumah
tangga dan kita tidak boleh bercakap isu rumah tangga di kedai kopi,"
kata Amar.
Pemimpin serpihan Pas ini sememangnya mempunyai niat jahat mahu
memburukkan imej sesorang itu. Jika kita dapat melihat kembali tuduhan
yang dilakukan oleh pemimpin Amanah terhadap seorang pemimpin terbukti
pemimpin Amanah mempunyai niat jahat apabila tuduhan mereka tidak benar
apabila tewas dalam pengadilan mahkamah.
Terbaru kita dapat melihat pemimpim Amanah serpihan Pas, Datuk Seri
Nizar Jamaluddin kalah dalam kes mahkamah dengan memohon maaf kepada
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain itu juga, terdapat pemimpin Amanah turut kalah dalam kes mahkamah
apabila menuduh pemimpin dari parti lain melakukan perkara yang
memalukan parti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment