Wednesday, November 11, 2015
Mat Sabu Mahu Rampas Kelantan Dari PAS di PRU14 Nanti
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu memaklumkan partinya
telah bersedia mengambil alih kerajaan Kelantan daripada Pas pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, Amanah bersedia
mengambil alih kerajaan Kelantan daripada Pas bagi menyelamatkan
kerajaan Islam Kelantan yang telah ditubuhkan oleh bekas Presiden Pas,
Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam masa Mat Sabu memberitahu, bagaimanapun Amanah akan melihat
terlebih dahulu sokongan rakyat terhadap Amanah di negeri itu sebelum
bersedia bertanding di semua kerusi milik Pas di Kelantan.
"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan yang diterima Amanah. Kalau
sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu
untuk bertanding di Kelantan," kata Mat Sabu.
Menurut Mat Sabu, Amanah pada masa kini enggan memberi fokus kepada
PRU14 kerana masa masih panjang dan apa yang difokuskan Amanah kini
adalah untuk merebut kerusi di Pilihan Raya Negeri Sarawak yang
dijadualkan berlangsung awal tahun hadapan.
Mat Sabu berkata, Amanah akan berbincang dengan rakan sekutunya dalam
Pakatan Harapan (PH) bagi memberi peluang kepada Amanah untuk bertanding
di Sarawak.
"Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana,
melainkan Pilihan Raya Negeri di Sarawak.. kami akan cubalah untuk
dapatkan kerusi bertanding disana," katanya.
Ada hati rupanya Mat Sabu nak merampas negeri Kelantan daripada Pas...
mampu ke parti yang baru ditubuhkan tak sampai setahun jagung untuk
merebut kerusi Pas di Kelantan? DAP yang sudah lama ditubuhkan pun tidak
mampu merampas kerusi Pas di Kelantan, inikan pula Amanah mahu merampas
kerusi Pas di Kelantan.
Lagi persoalan yang timbul, benarkah Amanah merupakan sebuah parti Islam
yang menggantikan perjuangan Pas?? jika benar Amanah ditubuhkan mahu
menggantikan Pas sebagai sebuah parti Islam, mengapa Amanah tidak
memperjuangkan untuk melaksanakan hudud?? mengapa Amanah hanya tunduk
kepada DAP yang membantah pelaksanaan hukum hudud??
Rasanya, Amanah hanya mimpi di siang hari untuk mengambil alih kerajaan
Kelantan daripada Pas. Sebelum amanah hendak bertanding di kubu kuat Pas
di Kelantan, adalah lebih baik Amanah bertanding kerusi Pas di Selangor
terlebih dahulu yang kini direbut oleh DAP untuk bertanding.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment