Monday, November 02, 2015
Panas Lagi.... Khalid Ibrahim Persoal Status DEIG
SHAH ALAM : Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim mempersoalkan status anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan
Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) yang didakwa tidak dijelaskan Mohamed Azmin
Ali secara terperinci ketika pembentangan belanjawan negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata,
kekeliruan mengenai status DEIG timbul apabila dalam belanjawan negeri,
menteri besar hanya menyatakan syarikat pelaburan itu akan mula
beroperasi setelah urusan memperkemas dan memperkukuhkan struktur urus
tadbir diselesaikan.
"Yang itu akan persoalkan dalam perbahasan. Beliau (Azmin) mengatakan
(dalam belanjawan negeri) seperti tidak berlaku langsung, jadi kalau
tidak berlaku langsung perkara ini akan dikemukakan kembali kepada Dewan
sebelum pelaksanaan DEIG," katanya kepada pemberita selepas
pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2016, di sini semalam.
Pentadbiran Azmin sebelum ini dikritik berhubung DEIG dan dikatakan
menyamai syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang
dimiliki Putrajaya.
Khalid juga pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu berbalah dengan
Azmin berhubung penubuhan DEIG yang tidak tertakluk di bawah enakmen
negeri dan penyata kewangannya tidak perlu dilaporkan kepada ahli Dewan
walaupun bertanggungjawab menguruskan RM6.3 bilion aset pelaburan
negeri.
Apabila ditanya mengenai reaksinya berhubung Belanjawan 2016 yang
dibentangkan Azmin, Khalid memberikan reaksi positif dan berkata ia
dapat dilakukan dengan baik kerana hasil pendapatan meningkat.
"Saya rasa yang baiknya (pada) negeri Selangor ialah hasil pendapatan
negeri meningkat itu yang menyebabkan belanjawan dapat dibuat dengan
baik.
"Itu sebabnya pada 2015 di mana dikatakan bajet defisit tapi ia tidak
berlaku sebab apa yang berlaku ialah pendapatan melebihi perbelanjaan.
Jadi tugas yang sangat besar bagi negeri Selangor ialah meningkatkan
pendapatan," katanya.
Khalid berkata, beliau akan membangkitkan beberapa persoalan khususnya
mengenai cara penggunaan dana dalam Belanjawan 2016 ketika perbahasan
DUN akan datang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment