Monday, November 02, 2015
Pesawat Rusia Bawa 224 Penumpang Terhempas Di Sinai
CAIRO : Sebuah pesawat Rusia yang membawa 224 penumpang dan anak kapal
terhempas di semenanjung Sinai, Mesir pada Jumaat, jelas pejabat
Kementerian Perdana Menteri Mesir.
Airbus A- 321, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia
Kogalymavia dengan nombor pendaftaran KGL- 9268 , dilaporkan berlepas
dari lokasi peranginan di Sharm el -Sheikh ke St Petersburg sebelum
terhempas di kawasan pergunungan terpencil di tengah Sinai.
Sumber keselamatan Mesir berkata tidak ada petunjuk bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh oleh kumpulan militan di Sinai.
Jurucakap pihak berkuasa penerbangan Rusian Rosaviatia, Sergei Isvolsky
berkata, pesawat itu berlepas dari Sharm el -Sheikh pada 06:51 (0351
GMT) dan hilang perhubungan kira-kiri 25 minit kemudian.
Sementara itu, seorang pegawai keselamatan Mesir yang baru tiba di
tempat kejadian memberitahu Reuters, pesawat tersebut telah musnah dan
dan sebahagian besar mereka di atas kapal mungkin telah meninggal dunia.
Pesawat itu terhempas di kawasan pergunungan di tengah Sinai dan cuaca
buruk telah menyukarkan pasukan penyelamat untuk sampai ke tempat
kejadian.
Jelas pegawai keselamatan, kesemua mangsa akan diterbangkan ke Kaherah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment