Monday, November 02, 2015
Pembangkang Ini Pun Jual Cerita.... Gagal Senaraikan IPO Punca Masalah Aliran Tunai 1MDB - Arul Kanda
KUALA LUMPUR : Kegagalan menyenaraikan aset tenaga 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) pada tahun lalu menjadi punca utama kepada masalah aliran
tunai syarikat itu, kata Presidennya Arul Kanda Kandasamy pada Sabtu.
Menurut Arul, 1MDB mempunyai dua tarikh yang disasarkan untuk
menyenaraikan aset tersebut yang kini dibawah unit Edra Global Energy
Bhd.
Kali pertama pada November 2013 dan tarikh lain ditetapkan pada November tahun lalu.
"Dalam kedua-dua keadaan, atas pelbagai sebab termasuk faktor dalaman
dan luaran, tawaran awam permulaan (IPO) tidak berlaku," katanya kepada
pemberita pada sidang media di Kuala Lumpur.
Arul menjelaskan apabila IPO gagal dilakukan, timbul ketidaksepadanan
antara caj faedah yang perlu dibayar dalam tempoh yang singkat selain
pembayaran utama.
"Itu jawapan saya mengapa 1MDB menghadapi masalah dan cabaran yang kita lalui pada hari ini," katanya.
Beliau berkata, tanpa mengurangkan beban hutang semasa sebanyak RM42
bilion, kos caj faedah perkhidmatan ke atas jumlah hutang mencecah RM2.4
bilion setahun.
Jelas beliau lagi, 1MDB merancang untuk mengurangkan keseluruhan hutang
pada Jun tahun depan menerusi satu siri latihan rasionalisasi.
Penjualan Edra kepada pembida yang berminat yang sedang dilakukan ketika
ini dijangka dapat mengurangkan antara RM16 bilion hingga RM20 bilion
bebanan hutang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment