Monday, November 02, 2015
Panassss!!! PKR Gesa Azmin Ali Pecat Wakil PAS Dalam Kerajaan Selangor
KUALA LUMPUR : Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali perlu mendengar gesaan
DAP supaya wakil rakyat PAS dipecat daripada pentadbiran kerajaan negeri
Selangor.
Pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata,
Azmin seharusnya melihat gesaan berkenaan secara serius dan menyeluruh.
“Menteri besar kena dengar. Sudah tentu ada latar belakangnya dan
mengapa perwakilan DAP berkenaan menyuarakan begitu. Adakah ianya secara
kelompok ataupun dia melihat secara dasar...secara total.
"Saya rasa ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan tapi sudah tentu
kita kena dengar. Mungkin ada meritnya. Namun begitu, sebagai pemimpin
yang berjiwa besar, kita harus dengar,” katanya ketika ditemui di lobi
Parlimen di sini, Isnin.
Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani mengulas mengenai kenyataan
Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong yang menggesa supaya
pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk memecat wakil
rakyat PAS daripada pentadbirannya.
Chiong memberi kata dua bahawa DAP akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu jika permintaan mereka tidak dilayan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment