Monday, November 02, 2015
Semoga Jadi Kenyataan..... PAS Dan UMNO Kian Hampir Saling Membantu
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dilaporkan bersedia untuk menjadi
penasihat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan
pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersedia
untuk mengubah dasar pentadbirannya.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perjuangan parti
Islam itu kini adalah untuk mengubah dasar pentadbiran dan bukan
semata-mata mahu merebut jawatan atau tampuk kepimpinan negara.
“Pas sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya UMNO dan Barisan
Nasional bersedia mengubah dasar pemerintahan. Kita bukan gilakan kuasa
atau mahu menguasai Putrajaya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat
atau pandangan, barulah kita ambil pendekatan lain iaitu mengambil alih
pemerintahan,” katanya seperti dilaporkan oleh Sinar Harian Online.
Jelas Presiden PAS itu, PAS kini bukan mahu menjatuhkan Perdana Menteri,
tetapi hanya ingin memperbetulkan dasar. Beliau menegaskan bahawa PAS
sekarang hanya mahu memperbetulkan kerajaan, bukan mahu ikat kerajaan
atau berebut jawatan. PAS juga sekarang bukan mahu menjatuhkan Perdana
Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, beliau pada dasarnya bersetuju dengan
bantuan-bantuan yang diberi kerajaan terhadap rakyat namun PAS tidak
bersetuju dengan cara pelaksanaan bantuan itu kerana didakwa berlaku
banyak kepincangan.
Ujar beliau lagi, sebagai langkah untuk membetulkan beberapa dasar
kerajaan, PAS dilaporkan bersedia menghantar wakil untuk berbincang
dengan UMNO dan Barisan Nasional samada mengenai isu berbangkit seperti
GST, perumahan, kejatuhan ringgit dan sebagainya.
Perkembangan ini dilihat ramai pihak sebagai satu langkah besar PAS
dalam memupuk dan menyatukan umat Islam dan Melayu itu sendiri disaat
perpecahan umat Islam dan Melayu di negara ini kian jelas. Sewajarnya,
UMNO dan Barisan Nasional membuka pintu seluas-luasnya untuk menilai dan
mempertimbangkan setiap cadangan yang bakal diusulkan oleh PAS.
Ramai pihak percaya, baik PAS mahupun UMNO, kedua-dua buah parti ini
pastinya mahu melihat satu gabunag yang menjungjung kesucian Islam dan
penyatuan kaum Melayu dalam meneruskan legasi pemerintahan negara.
Biarpun tiada tarikh atau masa tertentu disebut oleh kedua-dua belah
pihak, namun idea saling membantu antara satu sama lain merupakan satu
langkah besar demi keutuhan Islam, Malaysia dan Melayu hari ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment