Monday, November 02, 2015
Reputasi dan Imej 1MDB Melonjak Naik Kerana Cabaran Debat
Tidak semena mena kerana cabaran debat dari Tony Pua kepada Arul Kanda
menyebabkan nama 1MDB dan imej nya naik mendadak dan telah membuatkan
ramai rakyat mula sedar dan buka mata kepada keseluruhan isu nya.Selama
ini rakyat yang telah di sogok kan soalan soalan yang bertujuan
mengelirukan dan menampakkan seolah olah 1MDB ada masalah besar.
Walaupun ia cuma masalah biasa satu organisasi perniagaan seperti mana mana konglomerat lain.
Ia cuba di nampak kan bermasalah besar kerana seseorang telah mahu
menjadi kan ia alat untuk menurunkan Perdana Menteri yang enggan jadi
“Pak turut” dan juga kerana telah mengambil semula banyak syarikat IPP
milik kroni nya yang telah menelan berbillion wang rakyat.
Atas sebab itu dan juga beberapa sebab lain maka 1MDB di kenal pasti
sebagai “alat” untuk di gunakan.Sebaik sahaja Tony Pua mencabar CEO 1MDB
, Arul Kanda untuk berdebat , tanpa di sangka nya Arul Kanda menyahut
dan menerima tetapi bersyarat bukan bertujuan untuk mencari alasan,
tetapi kerana Tony Pua juga berada di dalam pihak PAC yang menjalani
urusan siasat terhadap 1MDB maka tidak sesuai jika dia memegang jawatan
itu sambil mahu mengadakan debat.
Oleh kerana menyedari Tony Pua sudah ada alasan untuk tidak mahu
berdebat maka semalam Arul telah menggugurkan syarat itu supaya debat
dapat di ada kan. Malah lebih jauh dari itu Arul juga setuju dengan
kehendak Tony Pua agar dia sahaja yang menyoal dan Arul menjawap, umpama
ajak bertinju dengan syarat Arul tidak boleh menumbuk nya kembali.
Semalam isu ini menjadi viral , dan kebanyakan warga alam maya memandang
tinggi kepada Arul dan 1MDB.Mereka mula berfikir kenapa CEO 1MDB
sanggup bersedia berjumpa diatas pentas dengan syarat begitu.Kami di
TV14 dari awal sudah tahu isu 1MDB adalah ciptaan sahaja dan tanpa isu
1MDB pun mantan PM akan mencari helah lain demi mahu mencapai hasrat
menurunkan PM yang enggan jadi boneka nya.
Sehingga kini setelah hampir setahun lebih 1MDB di serang tidak seorang
pun rakyat Malaysia sudah melihat bukti nya. Kebanyakan yang tidak
setuju dengan 1MDB pun sudah beralih lari kepada isu Derma demi mahu
mengelak kan diri dari menerima hakikat tiada bukti kepada pertuduhan
1MDB.
Pada yang mahu berfikir tentu mereka akan tanya jika sudah ada bukti
tentu sekali dengan sikap pelayar alam maya yang tiada sifat menyimpan
rahsia akan memviral kan segala bukti dan akan menghebah kan nya.
Clare Brown juga sudah sembunyikan diri, individu yang konon nya banyak
bukti yang boleh dapat perlindungan antarabangsa jika datang ke Malaysia
membawa bukti pun takut hendak menonjolkan diri di sini.Apa tah lagi
dengan mantan PM yang mula sedar dia tidak dapat menggunakan isu 1MDB
dan sebelum di katakan pembohong dengan segera menyatakan tidak
melaporkan kepada Polis kerana ketiadaan bukti.
Namun agak terlambat sedikit kerana rakyat sudah ada yang terpengaruh
dan kini beralih kepada isu derma seolah olah derma satu dosa pula.
Sedang tujuan asal mereka ada lah wang 1MDB.
Kembali kepada topik kita , kini beberapa personaliti dari DAP cuba
mengalih kan isu dengan menaikan pelbagai status di tweet dan FB mereka
seolah olah mahu menarik perhatian bertujuan mengalih kan isu supaya
sahabat mereka Tony Pua tidak malu .Kini sudah ada pula individu yang
cuba selamat kan Tony Pua dengan menyatakan debat itu tidak perlu di ada
kan.
Parti DAP juga amat takut dengan isu debat ini kerana mereka mahu drag
isu 1MDB sehingga PRU14 dan jika ia di matikan di debat maka tiada modal
lagi untuk DAP pengaruh rakyat Malaysia.
Yang jelas sekarang ini nama 1MDB dan keberanian Arul Kanda menjadi
bualan rakyat Malaysia dan kebanyakan mereka mula memandang tinggi dan
mula berfikir tentu ada sebab Arul tidak gentar berhadapan dengan Tony
di depan rakyat Malaysia.
Yang pasti keyakinan mula bertandang kepada 1MDB itu sudah pasti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment