Monday, November 02, 2015
Malaysia Perlu Jadi Sebahagian Proses Untuk Tangani Faktor Luaran – Najib
PUTRAJAYA : Malaysia perlu menjadi sebahagian daripada forum
atau proses untuk mampu menangani pelbagai faktor luaran bagi mengekang
tempias negatifnya kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan menyedari bahawa
pelbagai faktor luaran seperti keganasan, jenayah, iklim dan ekonomi
adalah di luar kawalannya sehingga turut memberi kesan kepada Malaysia.
Beliau memberikan contoh kejatuhan harga minyak mentah dunia dan
pengucupan ekonomi dunia seperti China telah memberi pengaruh serta
impak negatif kepada Malaysia.
“Banyak kesan atau faktor yang luar daripada kawalan kita, faktor yang memberi kesan kepada negara kita.
“Sedikit sebanyak kalau kita nak tangani (faktor luaran) kita perlu
jadi sebahagian daripada forum atau proses bagaimana nak tentukan (cara)
untuk tangani isu-isu tersebut,” katanya ketika berucap pada
perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Najib juga memberikan contoh jerebu yang melanda negara turut menjadi
antara faktor luaran di luar kawalan sehingga menyebabkan perhimpunan
bulanan JPM yang dijadual pada Oktober ditunda.
Perdana menteri menarik perhatian apabila berkata walaupun sukar
untuk mengawal faktor luaran, namun kerajaan perlu mampu untuk mengawal,
merancang serta menangani faktor dalaman atau domestik bagi membolehkan
semua perancangan dapat dilaksanakan dengan baik.
Buktinya kemampuan mengawal faktor dalaman telah membolehkan kerajaan
menyediakan Bajet 2016 yang berupaya mensejahterakan kehidupan rakyat,
katanya.
Bajet 2016 bertemakan ‘Mensejahtera Rakyat’ dibentangkan perdana menteri pada 23 Oktober lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment