Ashari berkata pusat berkenaan itu yang boleh memuatkan sebanyak 20 pesakit pada satu masa diharapkan akan dapat membantu meringankan penderitaan pesakit buah pinggang.
Monday, November 02, 2015
UMNO Muar Wujud Pusat Dialisis Mulai Januari Tahun Hadapan
MUAR : Mulai Januari tahun hadapan, UMNO Bahagian Muar akan
mewujudkan pusat dialisis dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) bagi memberikan khidmat bakti kepada penduduk sekitar
daerah ini.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Ashari Sarip berkata
pembukaan pusat berkenaan berikutan mendapat banyak permohonan agar
lebih banyak pusat tersebut diwujudkan bagi membantu mereka yang
memerlukan.
“Ini kerana di daerah Muar ini begitu kurang pusat sebegini dan
dengan siapnya bangunan baharu UMNO bahagian ini, kita rasakan sudah
sampainya masanya sebuah pusat (dialisis) di buka di bangunan ini.
“Keputusan ini diputuskan semalam melalui satu mesyuarat yang
dipengerusikan Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim,” katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival Jom Sihat di
sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Pusat Maklumat Kesihatan Muar, Dr Mohd Rashidi Abdul Salam.
Ashari berkata pusat berkenaan itu yang boleh memuatkan sebanyak 20 pesakit pada satu masa diharapkan akan dapat membantu meringankan penderitaan pesakit buah pinggang.
Katanya pusat berkenaan akan membantu terutama dalam soal kewangan
kepada pesakit yang kurang berkemampuan dengan kerjasama NGO berkenaan.
“Kita akan melihat dalam soal kesihatan yang lain bagaimana bangunan
baharu ini boleh dimanfaatkan oleh rakyat yang mahu mendapatkan khidmat
nasihat kesihatan dan sebagainya nanti,” katanya.
Beliau berkata selain itu bangunan baharu itu juga akan menjadi pusat
sehenti kepada orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan pengguna
yang lain seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan
khidmat-khidmat yang lain.
Bangunan baharu UMNO Muar yang berharga kira-kira RM7 juta itu
dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 Sept
lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment