Monday, November 02, 2015
Terpulang Kepada Pua Untuk Berdebat Dengan Arul Kanda – Pengerusi PAC
KUALA LUMPUR : Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
(PAC) Datuk Hasan Arifin menyerahkan kepada anggota Parlimen Petaling
Jaya Utara Tony Pua untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan
debat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.
“Terpulang kepada Tony Pua sama ada ingin berdebat atau tidak. Itu
sahaja yang saya ingin katakan,” katanya dalam sidang media ringkas di
lobi Parlimen di sini, hari ini.
Arul Kanda pada Sabtu berkata beliau bersedia bersemuka dengan Pua
secara langsung di televisyen berhubung isu syarikat pelaburan negara
itu, tanpa sebarang syarat.
Khamis lepas, Arul Kanda dalam satu kenyataan berkata beliau bersedia
berdebat dengan Pua secara langsung di televisyen dengan syarat anggota
Parlimen daripada DAP itu meletak jawatan sebagai anggota PAC.
Arul Kanda berkata demikian bagi menyahut cabaran Pua melalui blognya
agar mereka mengambil bahagian dalam rancangan bual bicara secara
langsung, dengan Pua menjadi pihak yang mengemukakan soalan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment