Thursday, September 24, 2015

Ini Cerita Sebenarnya...... Taylor : MARA Berhak Buat Keputusan Henti Tajaan - Idris

Lagi kisah 'tit for tat'  antara Universiri Tayloy dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara). 

Kisahnya apabila Universiti Taylor menarik balik kontrak angkut pelajar daripada pengusaha bas kerana sewakan basnya kepada penyokong Himpinan Rakyat Bersatu.

Nampak macam mana rasisnya 'orang lain' apa bila berkuasa... baru buka Universiti Taylor dan berlagak nak mampus.

Berikutan itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan Mara menamatkan tajaan pelajar baru kepada universiti tersebut.

Dan macam biasa, puak-puak ini, masa mereka buat semua okay, apabila kita balas... ooo kita salah...'.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Mara tidak perlu memaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung keputusannya menghentikan tajaan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Taylor.

Katanya ini kerana Mara berhak dan terpulang kepada organisasi itu untuk membuat sebarang keputusan tanpa perlu merujuk kepada kementerian.

"Dia (Mara) tidak perlu bagi alasan pada saya. Saya tidak tahu banyak mengenainya kerana ia dibuat oleh organisasi (Mara).

"Keputusan Mara sendiri. Saya tidak tahu, saya tidak tahu. Sebagaimana yang diumum (keputusan henti tajaan), saya tidak tahu," katanya.

Idris sebelum itu menyampaikan anugerah dan biasiswa Yayasan Jeffrey Cheah di Sunway University di sini yang turut dihadiri Pengasas yayasan itu Tan Sri Dr Jeffrey Cheah yang juga Canselor University Sunway.

Pada Isnin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan Mara menghentikan tajaan bagi pelajar baharu yang melanjutkan pengajian di Universiti Taylor atas pelbagai sebab.

Bagaimanapun, pelajar tajaan Mara yang sedang menuntut di universiti terbabit boleh meneruskan pengajian sehingga tamat.

Dalam pada itu, ditanya mengenai terdapat kemungkinan sama ada Mara akan menghentikan tajaan pelajarnya di institut pengajian tinggi awam atau swasta yang lain, Idris menjawab bahawa beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Idris berharap lebih banyak pihak korporat tampil menaja pelajar cemerlang melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, komitmen yang ditunjukkan syarikat korporat bukan sahaja dapat membantu kerajaan merealisasikan impian untuk menjadikan negara sebagai hab pendidikan tinggi, malah dapat meningkatkan mutu pendidikan di negara ini.

Sementara itu, Jeffrey dalam ucapannya berkata hari ini menjadi sejarah buat Yayasan Jeffrey Cheah apabila mengagihkan biasiswa sebanyak RM45 juta kepada lebih 3,000 penerima, berbanding RM33 juta tahun lepas. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment