Wednesday, September 23, 2015

Balqis Hijjas Bakal Didakwa Kerana Lepaskan Belon BERSIH Terhadap PM

Akibat berkelakuan menghina, anak perempuan kepada arkitek Hijjas Kasturi, Bilqis Hijjas bakal didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, kerana melepaskan belon Bersih 4 dari tingkat atas dalam satu majlis yang dihadiri oleh perdana menteri dan isterinya pada bulan lalu. Balqis yang berusia 35 tahun itu akan dihadapkan ke mahkamah majistret esok atas tuduhan "berkelakuan menghina".

Dia yang juga merupakan seorang penari akan diwakili peguam Michelle Yesudas. 

Sementara itu, geng-geng Bersih menyokong tindakan Bilqis yang berkelakuan menghina. Lepas tu boleh pulak mengutuk keputusan mahkamah yang mendakwa anak arkitek tu. Eshhhhh pelik!

“Bersih mengutuk pendakwaan ke atas Balqis sebagai satu bentuk hukuman bagi kesalahan tidak masuk akal buat seorang perempuan muda sewaktu penyangak sebenar yang menyonglap kekayaan negara dibiar bebas tanpa risiko tindakan undang-undang," kata jurucakap Bersih.

Kejadian tersebut berlaku pada 31 Ogos yang lalu dimana Bilqis melepaskan belon bertulisan “democracy”, “free media”dan “justice” dari tingkat 5 kompleks membeli-belah Pavillion Mall di Kuala Lumpur. Turut hadir Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Belon-belon tersebut kemudiannya mendarat di belakang layar televisyen gergasi acara itu.

Selepas kejadian tu, Bilqis terus ditangkap polis bantuan kompleks dan diserah ke balai polis Dang Wangi bagi tindakan lanjut

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment