Tuesday, September 22, 2015

Inilah Punca Mengapa PKR Tak Percaya Dengan Parti Mat Sabu...

Patut la PKR nak sangat-sangat PAS turut serta dalam pakatan baharu dorang tu, sampai pujuk memujuk rayu merayu laaa… Cuma belum sampai tahan melutut kat kaki je lagi haha! Rupa-rupanya sebab dorang buat macam tue adalah kerana PKR tak yakin langsung dengan kebolehan yang Parti Amanah Negara (Amanah) ada.

Huhhh… Berkebolehan ke Amanah tue?? Apa yang dorang boleh buat untuk pakatan baharu sedangkan dorang cuma cebisan-cebisan yang tidak berguna dari parti PAS… Itu tanggapan Bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar terhadap parti Amanah yang masih lagi newbie.

Kata Dr. Chandra lagi, parti PAS mempunyai kekuatannya yang tersendiri berbanding parti Amanah yang hanya suam-suam kuku. Sokongan pengundi PAS juga boleh tahan banyaknya.. Tambah-tambah di kawasan luar bandar seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Kalau Amanah pulak apa yang diaorang ada?? Sudah la baru muncul… Masuk bertanding dalam pilihan raya pun belum ini kan pula nak hadap ujian dalam dunia politik tanah air. Hahaaa… Memang tak laa!

“PKR sememangnya memerlukan Pas kerana mereka masih belum pasti tentang Amanah. 

Tanpa Pas, tidak pasti matlamat mereka untuk menawan Putrajaya dapat direalisasikan. Oleh itu, mereka mahu memastikan sokongan semua pihak dengan penglibatan Pas.

“Kalau kita lihat demonstrasi Bersih 4.0 sebelum ini cukuplah, tidak ramai orang Melayu menyertainya sebab Pas tidak sertai. Mungkin itu membuka mata pemimpin-pemimpin PKR,” katanya.

Macam mana PAS nak turut serta dalam pakatan baharu tu kalau DAP pun ada sekali… Kan diaorang tengah bergaduh pasal perlaksanaan Hudud.

DAP tak sokong perlaksanaan Hudud sebab tu la PAS taknak kerjasama dengan diaorang. Hahaaa terus menerus la pujuk.. Kalau tidak habis la pembangkang kena lingkup dengan parti Amanah Mat Sabu tu...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment