Friday, September 25, 2015

Tony Pua Disenarai Hitam Masuki Sarawak

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kini disenaraikan sebagai antara individu yang dilarang memasuki negeri ini. 

Sumber pihak pentadbiran negeri memberitahu, tindakan menyenarai hitamkan nama Tony yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP memasuki Sarawak berpunca daripada beberapa sebab termasuk kaitannya dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHya7Uqgl4vqwQCdTcKMZHBCd_l05rsZbgUwkI02Uw9rUvBFqdkUCpmCxLin5SnUf_GNXK781jN339ZGnUZFWk7yMaIdjjQ4s-oGqQxFJEZvOlbeH6s6YyS_n6tIZMSOyKRC-A9hIPx2Q/s1600/tony+pua.png
Katanya, disebabkan namanya sudah disenarai hitamkan, maka beliau telah diarahkan meninggalkan Sarawak menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Miri pada pukul 4.20 petang semalam, sebaik sahaja dikesan memasuki negeri ini.

“Memang sebelum ini, Tony dibe­nar­kan memasuki Sarawak tetapi namanya telah disenarai hitamkan baru-baru ini ekoran beberapa sebab termasuk tuduhan yang dilemparkannya terhadap 1MDB,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada pukul 2.30 petang semalam, semasa sedang menikmati makan tengah hari bersama Ahli Parlimen Piasau, Alan Ling di sebuah restoran di Miri, lima pegawai imigresen telah mengambil Tony untuk dibawa ke Lapangan Terbang Miri dan diarahkan menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 4.20 petang.

Dalam sidang akhbar di restoran berkenaan, Tony memberi­tahu, beliau datang ke negeri ini untuk menghadiri satu majlis anjuran DAP di Kampung Pasir Lutong, Miri.

Katanya, beliau kecewa dengan tindakan kerajaan negeri meng­halangnya memasuki Sarawak ke­rana mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan dan berharap namanya akan dikeluarkan daripada disenarai hitamkan dengan segera.

Mengulas lanjut, sumber berkata, adalah menjadi hak kerajaan negeri untuk tidak membenarkan golongan pelampau agama dan politik rasis memasuki Sarawak bagi memastikan elemen negatif itu tidak menjejaskan keharmonian di Bumi Kenyalang.

Selain Tony, antara individu yang disenarai hitamkan memasuki Sarawak ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; bekas Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution; Pre­siden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin serta ahli akademik yang juga penceramah, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment