Thursday, September 24, 2015

Buang Saja Orang Seperti ini!!!! Siapa Mahfuz Omar Ni...... Bantah Keputusan PAS Tolak Harapan Rakyat

SUBANG JAYA : Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berpendapat bahawa PAS sewajarnya berunding dengan Pakatan Harapan walaupun tidak terlibat dengan gabungan parti pembangkang baharu itu.

Bekas Ketua Penerangan PAS itu berkata, parti itu perlu lebih terbuka bagi memastikan strategi menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dapat direalisasikan.

“Saya berharap PAS lebih terbuka untuk menerima realiti politik di negara ini.

"Pembangkang seharusnya mempunyai penyatuan yang boleh menyampaikan mesej  tepat kepada rakyat bahawa tidak mungkin berlaku lawan tiga penjuru pada PRU akan datang.

“Tetapi kalau mesej yang disampaikan (oleh PAS, Pakatan Harapan) membayangkan pertemuan tiga penjuru pada PRU nanti, ia akan memusnahkan harapan rakyat yang menyokong pembangkang selama ini,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Pakatan Harapan ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mahfuz yang hadir pada sidang meja bulat Pakatan Harapan turut mengakui amat berharap agar PAS akan bersama dengan PKR, DAP dan AMANAH.

"Ya, saya masih mengharapkan penyertaan PAS dalam pakatan ini atau pun ada kaedah (jalinan hubungan dan kerjasama) yang penting bukan tiga penjuru.

“Walaupun penubuhan pakatan hari ini dibuat tanpa PAS , pakatan baharu ini tidak boleh terus membiarkan keadaan ini berlarutan.

"Keduanya mesti ada keterbukaan untuk menjalinkan hubungan. Pakatan perlu menghubungi PAS dan PAS juga harus sedia untuk duduk di meja perbincangan untuk mencari jalan untuk menghadapi lawan kita bersama,” katanya lagi. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment