Friday, September 25, 2015

Petaling Street Bukan Isu Perjuangan UMNO atau Melayu

Tindakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, mengancam untuk menutup tempat perniagaan Petaling Street bukan perjuangan UMNO, apatah lagi perjuangan Melayu dan Islam.
http://kuala-lumpur.attractionsinmalaysia.com/img/photoState/kl/PetalingStreet/4.jpg
Apabila Pesaka menganjurkan Himpunan Merah bagi menyatukan orang Melayu ia bertujuan menunjukkan bahawa orang Melayu bersdia mempertahankan kepentingan Islam dan Melayu jika perlu. Ia bukan untuk menunjukkan siapa lagi samseng apatah lagi “berperang dengan kaum Cina.”

Melayu tidak pernah terjejas dengan Petaling Street. Sekian lama kita sudah ketahui Petaling Street ialah tempat penjualan barang palsu dan kurang kualiti terbesar di negara ini. Ia di monopoli oleh kaum Cina dan disukai oleh pelbagai bangsa kerana harga yang murah. 

Jika Jamal mahu kerajaan bertindak ke atas barangan palsu beliau boleh menjadi jaguh persatuan pengguna atau pejuang keadilan untuk korporat besar. Tapi jangan sesekali berdiri atas isu bangsa Melayu mahu menutup Petaling Street. Ia bukan sahaja tidak masuk akal malah sangat memalukan.

Jika kita marah dengan kaum Cina yang menyokong DAP, hari ini Jamal perlu desak semua pemimpin Melayu dan kerabat di raja berhenti berurusan dengan korporat besar kaum Cina seperti Berjaya, YTL dan lain-lain. Merekalah yang menyumbang kepada kejayaan DAP.

Beranikah Jamal?

Jika Jamal mahu membantu orang Melayu, maka kempenlah agar peniaga Melayu di Uptown, Downtown atau apa sahaja jenis “town” dibenarkan berniaga barang yang sama seperti peniaga Petaling Street tanpa gangguan.

Jika Jamal mahu membantu Melayu, apabila kerajaan beri geran kepada beliau sepatutnya beliau laksanakan sampai berjaya dan bantu Melayu lain. Malangnya sekian banyak perniagaan beliau yang kerajaan bantu, sekarang ini sama ada sudah berkubur atau hidup segan mati tidak mahu.

Kita mahu memperjuangkan hak Melayu dan kepentingan Islam, tapi bukan cara tidak masuk akal dan merosakkan keharmonian negara ini.

Jangan nanti Himpunan Merah yang berjaya tempoh hari, akhirnya menjadi “kad Merah” kepada Barisan Nasional.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment