Thursday, September 24, 2015

Inilah Punca Kenapa Sempadan Negara Kerap Diceroboh

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, mengakui bahawa kekurangan aset keselamatan adalah antara salah satu punca utama kerap berlakunya pencerobohan di negara ini.

Kekurangan jentera keselamat juga mengundang berlakunya pencerobohan sempadan negara dan jenayah rentas sempadan. Panglima TLDM juga berkata bahawa mereka masih memerlukan penambahan aset sekurang-kurangnya enam buah kapal laut untuk menjaga sempadan negara.

"Mungkin salah satu sebabnya. Kekurangan aset akan membuatkan mana-mana anasir bersemangat memasuki negara kita.

"Mereka mengetahui bahawa kekuatan kita mengawal sempadan negara adalah rendah," katanya pada sidang media Program Hari Media Kementerian Pertahanan dan Angkatan TLDM di KD Sri Gombak, Kuala Lumpur, kelmarin.

Namun begitu, ia tidak bermakna TLDM hanya lepas tangan begitu sahaja, mereka juga turut menggunakan pendekatan holistic dan menggunakan inisiatif lain, iaitu menerusi kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan yang turut terlibat secara langsung dalam menjaga sempadan negara.

"Kita akan menggunakan pendekatan holistik, dengan kerjasama pengawasan udara dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mana-mana agensi yang lain.

"Malah, penguatkasaan menggunakan sistem radar juga banyak membantu," katanya.

Sekarang ini negara hanya mempunyai 44 buah kapal laut di mana lapan operasi dilakukan 24 jam setiap hari.

"Dengan bilangan aset yang tidak mencukupi, ia secara langsung membebankan pelaksanaan tugas TLDM dan kita terpaksa menggunakan konsep 'we do more with less' bermaksud kita perlu menjaga dengan aset-aset yang ada pada tahap optimum secara berterusan," jelasnya lagi.

Betul la jugak kan, kalau bertambah aset keselamatan so kawalan keselamatan sempadan negara dapat diperketatkan dan seterusnya menyukarkan pihak luar atau pendatang asing untuk menceroh kawasan negara. Tapi kekurangan aset bukan satu alasan untuk dorang tidak melakukan tanggungjawab diaorang.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment