Wednesday, September 23, 2015

Pembangkang Akan Kalah Teruk di PRU14 Tanpa PAS.

Ramai berpendapat pihak pembangkang yang menubuhkan Pakatan Harapan tanpa PAS, adalah satu kesilapan besar yang telah dilakukan. Dikalangan penyokong pembangkang sendiri, sudah terdengar suara-suara yang mengatakan bahawa pembangkang kini sudah tidak relevan kepada rakyat kerana sering berpecah.

Tidak seperti Umno dan Barisan Nasional, walaupun diserang dengan begitu teruk didalam isu 1MDB dan juga kritikan keras kepada Presiden parti, gabungan parti didalam Barisan Nasional tetap berdiri kukuh didalam kumpulan mereka tanpa ada sebarang perpecahan.

Itulah yang membezakan diantara kedua-dua permainan politik yang ditunjukkan kepada rakyat. Jika rakyat mahu memilih parti yang mereka harapkan untuk mentadbir serta memerintah negara dengan baik, sudah tentunya gabungan yang stabil amat diperlukan. Bukannya gabungan rapuh seperti yang ada didalam pembangkang.

Rakyat melihat, Pakatan Harapan yang ditubuhkan tanpa PAS hanyalah sebagai gabungan kumpulan syok sendiri serta tak berkualiti didalam perjuangan menumbangkan Barisan Nasional. Apa tidaknya, PAS adalah parti melayu kedua terbesar didalam negara selepas Umno. Dan PAS juga adalah tunggak kekuatan pembangkang sejak dari dahulu lagi.

Jika parti seperti PAS dipinggirkan begitu sahaja kerana perbezaan ideologi, apakah gabungan pembangkang yang baru ini dapat bertahan dengan ideologi singkat masing-masing? Adakah DAP mampu bertahan dengan karenah PKR dan Amanah? Dan adakah rakyat akan percaya dengan kemampuan Amanah untuk menarik sokongan orang melayu/Islam?

Umum mengetahui, PAS mempunyai sokongan luar bandar yang kuat serta mempunyai kemampuan jentera pilihanraya yang tidak kurang hebat. Apakah PKR, DAP dan Amanah mampu menampung kekurangan yang dtinggalkan oleh PAS didalam Pakatan Pembangkang?

Lihat sahaja bagaimana Bersih4 tidak mendapat sambutan dari kalangan orang melayu apabila PAS menarik diri dari menyertai demonstrasi haram berkenaan. Mat Sabu serta rakan-rakannya didalam Amanah terbukti tidak mampu meyakinkan melayu untuk bersama DAP menumbangkan BN menerusi Bersih.

Bayangkan jika senario yang sama terjadi pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti, bukankah pembangkang akan "tumbang bergaya" disebabkan faktor kehilangan sokongan dari jemaah PAS? Yang mungkin menang hanyalah DAP kerana sokongan kuat dari cina-cina kiasu didalam negara, yang lain cuma "makan kuah" sajalah.

Apa lah maknanya pembangkang tanpa PAS.. Dan apalah gunanya Mat Sabu serta kawan-kawannya didalam Amanah tanpa kekuatan PAS dibelakang mereka.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment