Tuesday, September 22, 2015

Ringgit Akan Pulih Dalam Tempoh Terdekat.. - Gabenor Bank Negara

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memaklumkan Ringgit akan kembali pulih dalam masa terdekat ini jika tiga isu utama global dan faktor domestik dapat diselesaikan dalam waktu singkat ini.

Zeti berkata, Malaysia perlu kekuatan serta daya tahan sendiri bagi membolehkan Malaysia menempuh ketidaktentuan yang berlaku di China serta Amerika Syarikat (AS).

Jelasnya, Ringgit yang jatuh sejak kebelakangan ini adalah disebabkan perkembangan ekonomi di peringkat global dan dapat dipulihkan jika Rizab perseketuan AS membuat keputusan hala tuju kadar faedahnya yang berada pada paras hampir sifar sejak tujuh tahun lalu.

"Kadar faedah Rizab Persekutuan As misalnya kekal pada paras sifar sejak 7 tahun lepas dan ramai yang mengharapkan ia akan dinaikkan. Ini yang turut menyumbang kepada pengukuhan dolar AS.

Walaupun perkara ini dilihat agak sukar buat negara untuk AS mengambil langkah tersebut, Zeti percaya perkara ini akan dapat memulihkan ekonomi negara dan berharap orang ramai dapat bersabar dan menunggu.

"Namun apabila langkah itu berlaku, saya percaya ia akan menghasilkan, pemulihan serta kestabilan," katanya.

Menurut Zeti, Ringgit juga dapat dipulihkan dalam masa terdekat jika ekonomi besar Asia,China dapat menstabilkan kembali ekonomi di negara itu.

Jelasnya, China kini giat menstabilkan ekonomi dinegaranya, dan ia satu petunjuk bahawa Ringgit juga akan kembali pulih dalam waktu terdekat.

"China kini mengimbangkan semula aktivit untuk membolehkan ekonominya mampan. Jika China tidak melakukan usaha penyusunan semula ini, kita akan lebih goyah pada masa depan," jelasnya.

Tegasnya, jika penyelesaian tiga faktor itu berlaku serentak, manakala semua isu domestik diselesaikan, ia akan menjurus kepada pemulihan ringgit yang mencerminkan asas ekonomi negara Malaysia sebenar.

"Seperti sudah diperkatakan sebelum ini, asas berkenaan adalah kita mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik, salah satu ekonomi dunia yang mencatatkan prestasi terbaik untuk tempoh lima tahun berturut-turut," katanya.

Kenyataan ini jelas menunjukkan ekonomi negara masih ditahap yang baik walaupun cuba diputar belitkan oleh media pro pembangkang bagi mengelirukan rakyat mengenai keadaan sebenar ekonomi negara.

Diharap, semua pihak dapat bersabar dan menunggu usaha yang giat dijalankan kerajaan bagi menaikkan kembali nilai Ringgit dalam masa terdekat ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment