Tuesday, September 22, 2015

Geng Baju Merah Akan Bergabung Dengan PAS Di Himpunan Hijau?

Pas hari ini memaklumkan mereka mengalu-alukan kehadiran penganjur Himpunan Baju Merah serta pesertanya untuk turut serta dalam Himpunan 60,00 (H60K) yang akan diadakan di Kelantan pada bulan depan.

Menurut Timbalan Presiden parti Islam itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka mengalu-alukan kehadiran 'Baju Merah' untuk menyokong dasar dan perjuangan Pas

"Kita mengalu-alukan semua pihak," kata Tuan Ibrahim yang mengulas hasrat kumpulan baju merah yang mahu menyertai mereka pada himpunan hijau pada bulan hadapan.

Selain itu, anggota Jawatankuasa Himpunan H60K, Datuk Khairuddin Aman Razali turut mengalu-alukan 'Baju Merah' untuk turut menyertai mereka dalam himpunan tersebut.

Khairuddin berkata, beliau akan mengadakan satu pertemuan dengan orang kuat 'Baju Merah' itu bagi membincangkan penyertaan mereka dalam himpunan yang dianjurkan Pas itu.

"Kita mengalu-alukan-alukan sesiapa sahaja untuk bersama dalam sebarang agenda nasional.

"Penganjur himpunan Baju Merah boleh berhubung degnan jawatankuasa himpunan untuk perbincangan lanjut," kata Khairuddin.

Jika himpunan yang dianjurkan Pas ini dapat menerima kehadiran 'Baju Merah', ia jelas menunjukkan satu himpunan yang dapat menyatukan parti Melayu di negara ini.

Moga dengan himpunan yang diadakan ini dapat menjalinkan dan mengeratkan persahabatan sesama Melayu dan dapat menyatukan dua parti diantara Pas dan Umno bagi mengukuhkan lagi kerajaan Melayu di negara ini.

Himpunan ini juga dipercayai akan membuatkan DAP tidak senang duduk apabila orang Melayu kini mula bersatu demi menghalang niat buruk parti Cina itu yang telah memperkudakan anak Melayu yang menubuhkan parti Amanah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment