Friday, September 25, 2015

Pakatan Harapan Akan 'Bungkus' Seperti Pakatan Rakyat, Kata Ku Nan

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin Pakatan Harapan yang diwujudkan PKR-DAP-Amanah baru-baru ini tidak akan kekal lama.

Ia bakal mengalami nasib sama seperti Pakatan Rakyat (PR) yang berpecah kerana krisis dalaman di antara PKR-PAS-DAP.

"Saya rasa mereka akan bungkus, tidak ada pakatan. Mereka cuba untuk ikut Barisan Nasional (BN).

"Hanya BN sahaja parti yang berbilang kaum, mereka cuba tiru BN dan tengoklah apa jadi dengan mereka sekarang, Pakatan Harapan akan bungkus," katanya kepada pemberita hari ini.

Pakatan Harapan yang diwujudkan pada Selasa lalu adalah menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur pada Julai lalu dengan disertai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini PKR mahu gabungan pembangkang yang baru itu turut disertai PAS, namun parti itu menolak kerana tidak mahu bekerjasama dengan DAP rentetan kemelut di dalam Pakatan Rakyat tidak lama dahulu.

Begitu juga dengan Amanah, PAS bertegas tidak akan sesekali bekerjasama dengan parti yang dianggap sebagai pengkhianat itu.

Namun PAS komited untuk terus mengadakan kerjasama politik dengan PKR sahaja.

Sementara itu Tengku Adnan memberitahu Umno terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk PAS.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment