Tuesday, September 22, 2015

Kenapa Mahathir Tak Pernah Saman WSJ?

Kalau betul la mantan perdana menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad  tak salah dan tidak terlibat dalam skandal kewangan pada zaman pemerintahannya suatu ketika dahulu.., kenapa Tun M hanya membiarkan saja seorang bekas pengarang Wall Street Journal(WSJ) menuduhnya membazirkan sejumlah wang yang banyak sepanjang 22 tahun pemerintahannya?

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak didalam satu tulisan dalam blognya, melahirkan rasa hairan kenapa Tun M tidak bertindak menyaman pengarang WSJ sebab memfitnah beliau. Tetapi bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi beberapa dakwaan penyalahgunaan wang daripada WSJ… Tun M sibuk-sibuk suruh Najib saman dorang kalau betul dia tak salah.

"Menurut bekas pengarang WSJ Barry Wain, Tun Dr Mahathir Mohamad membazirkan kira-kira RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya,

"Dr Mahathir tidak pernah menyaman Wain maka dakwaan itu kekal dan kerana Dr Mahathir tidak menyaman Wain, adakah ini bermakna tuduhan itu benar?," soal Salleh.

Melalui blog Salleh, sskeruak.blogspot.com, dia berkata Wain menulis sepanjang pemerintahan Tun M sejak dari tahun 1981.. Mahathir didakwa pernah terlibat dengan skandal kewangan sehingga berjumlah RM100 bilion. Kalau RM100 bilion dulu so sekarang ni nilainya dalam RM225 biliion… Perghhh banyak tu.

Hairan kan.. sebab pada zaman Tun M dulu slogan yang dorang guna bukan main lagi “Bersih, Cekap, Amanah’’ padahal orang tu sendiri tidak amanah. Maknanya situasi yang Tun M lalui dahulu sama jela dengan situasi yang Najib lalui sekarang ni. So kenapa Tun M nak tegakkan benang yang basah??

Kalau dulu dia sendiri tidak menyaman orang yang kononnya buat fitnah dekatnya, kenapa pulak sekarang sibuk-sibuk paksa Najib supaya saman orang buat fitnah? Kononnya kalau tak saman terbukti la yang Najib ni sebenarnya betul bersalah. Cehhhh macam cakap depan cermin je...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment