Tuesday, September 22, 2015

Veteran UMNO Mahu Mahathir Segera Ditangkap Polis

Betul ke bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad upah bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak??

Kalau betul la Khairuddin di upah oleh Mahathir.. So kena tak tangkap Mahathir sekali? Itu yang diperkatakan oleh setiausaha veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub.

Iyela, kalau tidak tak kan la Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di negara ini yang sanggup menjadi orang tengah untuk menguruskan segala urusan pertemuan antara Khairuddin dengan  Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kalau bukan demi Mahathir. Kononnya bagi membincangkan soal  kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kemudian pada masa yang sama,  Mahathir ada cakap yang sekiranya Najib didapati terlibat dalam penggubahan wang haram, dia mungkin akan ditangkap dan didakwa mengikut undang-undang negara luar. Tak ke pelik?? Tetiba je dorang berdua ni macam ada connection.

Patut la dorang nak sangat  negara itu campur tangan dalam kemelut itu. So nampak sangat yang sebenarnya isu 1MDB ini adalah satu isu yang sengaja direka oleh kuasa luar bagi bagi menjatuhkan pemimpin Melayu yang sedia ada ini.

"Veteran Umno ingin pihak polis menyiasat untuk siapa Khairuddin dan peguamnya  Mathias Chang  bekerja untuk membuat laporan polis dan merancang untuk berjumpa FBI?

"Apakah kaitan misi Khairuddin dan Mathias Chang  itu dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad  yang mengatakan Najib mungkin ditangkap sekiranya keluar negara?

"Apakah Mahathir  dibelakang segala usaha itu? Kalau benar maka kenapa hanya Khairuddin ditangkap?

"Kalau perlakuan Khairuddin dianggap membahayakan negara, maka apakah orang di belakang Khairuddin tidak bahaya?" kata Mustapha.

Jelas bahawa veteran UMNO mahu pihak polis segera menyiasat siapakah dalang disebalik semua ‘pengorbanan’ Khairuddin dan Mathias Chang. Kalau betul la Mahathir adalah tangan disebalik yang menggerakkan dua boneka ni, so apa kata tangkap dan siasat Mahathir sekali.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment