Thursday, September 24, 2015
Sikit Sikit RASIS..... Cinta Kepada Kaum Melayu Tidak Jadikan Saya Rasis - Annuar Musa
KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa berkata
kenyataan beliau bersikap rasis berdasarkan prinsip Islam yang diucapkan
pada perhimpunan baju merah 16 September lalu telah diputar-belitkan.
Katanya, beliau bersetuju bahawa Islam tidak menggalakkan amalan
perkauman dan menjelaskan ia hanyalah naluri semula jadi untuk bangsa
sendiri yang tidak semestinya menjadikan seseorang bersifat perkauman.
"Jika orang mahu melabelkan saya sebagai rasis semata-mata kerana saya
mempunyai semangat kemelayuan yang tinggi, maka ya, saya rasis jika itu
tafsiran yang anda mahu gunakan.
"Sebagai seorang yang membaca banyak buku dan menghadiri pelbagai
ceramah, saya fikir saya mempunyai pemahaman yang agak baik mengenai apa
sebenarnya rasisme," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Mara pada
Rabu.
Annuar berkata amalan perkauman mempunyai konotasi negatif dan sering
dikaitkan dengan permusuhan dan perpecahan di kalangan berbilang kaum.
Namun, beliau berkata Nabi Muhammad tidak melihat tindakan mencintai
bangsa sendiri lebih berbanding kaum lain sebagai satu kesalahan.
"Dalam Islam, istilah perkauman dipanggil asabiyah. Nabi Muhammad
menyatakan dengan jelas bahawa sesiapa yang mengamalkan asabiyah bukan
kaumnya," kata Annuar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment