Tuesday, September 22, 2015

Lembaga Disiplin Perlu Segera Pecat Saifuddin Dari UMNO

Datuk Saifuddin Abdullah mengakui bahawa beliau hadir dalam program perasmian gabungan pembangkang baharu iaitu Pakatan Harapan. Namun beliau menegaskan yang kehadiran beliau ke sidang meja bulat tersebut atas kapasiti sebagai badan bukan kerajaan (NGO) Akademi Belia.

Siapa yang cuba diperbodohkan oleh Saifuddin sebenarnya? Umum mengetahui bahawa hanya NGO yang menyokong pembangkang sahaja akan hadir dalam program besar pakatan pembangkang.

Agak mustahil bagi NGO yang pro kerajaan menghadiri detik-detik penting pakatan pembangkang memandangkan visi utama mereka adalah menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Adakah Saifuddin cuba memberitahu kita bahawa beliau mewakili NGO yang menyokong pembangkang?Kami menunggu jawapan dari beliau.

Dengan itu kami menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO memecat Saifuddin dengan kadar segera. Semua gunting dalam lipatan perlu disingkirkan. UMNO tidak perlu lagi mendukung biawak hidup. Ini masa untuk UMNO bergerak maju kehadapan bagi memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat dicapai dan dipertahankan.

Sebelum ini Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan mengatakan, mana-mana pihak tidak sepatutnya membuat kesimpulan sendiri sementara menunggu laporan penuh siasatan berkenaan Saifuddin Abdullah yang menghadiri program perasmian gabungan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.

“Kami akan siasat hal itu sebelum ambil tindakan,” kata Tengku Adnan

Saifuddin menggunakan alasan hadir ke program pelancaran Pakatan Harapan, kononnya atas kapasiti sebagai ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM). Manakala Ku Nan, pula tidak menyatakan sama ada tindakan Saifuddin itu melanggar disiplin parti walaupun hadir bukan atas kapasiti sebagai seorang ahli Umno.

Tiga parti pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan parti baharu serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah), secara rasmi membentuk Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat berkubur dalam usaha mereka menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional.

Oleh itu, tindakan Saifuddin tersebut dilihat sebagai satu tindakan yang mengkhianati parti. Sebelum ini beliau juga lantang lantang mengkritik pemerintah Barisan Nasional. Berdasarkan logik akal maka sewajarnya lah pihak Lembaga Disiplin UMNO memecat Saifuddin dari parti.

Kita akan dapat lihat dengan lebih jelas wajah sebenar Saifuddin apabila beliau dipecat dari UMNO. Sebagaimana yang kita dapat lihat perjuangan rapuh Tan Seri Muhammad Bin Muhammad Taib yang melompat dari satu parti ke parti yang lain dan tercari-cari siapa yang mampu menjaga kepentingan peribadi mereka.

Sudah sampai masanya UMNO membersihkan parti dari parasit yang sentiasa merosakkan UMNO dari dalam.Langkah ini dilihat wajar bagi memastikan kesinambungan UMNO sebagai tonggak Barisan Nasional yang menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam dalam negara kita. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment