Wednesday, September 23, 2015

Penggantungan Akhbar Terbitan The Edge, Menteri Dalam Negeri Rayu Keputusan Hakim

Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri berhubung penggantungan dua akhbar milik The Edge Communications Sdn Bhd.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/07/edge-financial-daily-suspended.jpg
Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mengesahkan perkara itu.

Notis rayuan difailkan semalam di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dan di Mahkamah Rayuan Putrajaya, katanya.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara juga memfailkan permohonan untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuannya didengar dan diputuskan Mahkamah Rayuan.

Isnin lalu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang menggantung selama tiga bulan penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.

Asmabi turut membenarkan permohonan untuk semakan kehakiman yang difailkan oleh The Edge Communication Sdn Bhd pada 27 Julai 2015.

Penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung kerana menyiarkan laporan berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dikatakan mengandungi penerbitan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan menggugat keselamatan serta kepentingan negara.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment