Tuesday, September 22, 2015
Lantaklah Labu... Anwar Kes Liwat Masih Calon PM Pakatan Baru
Kini sudah rasmi pakatan baru dibentuk.Kalau dulu namanya Pakatan Rakyat kini tukar jadi Pakatan Harapan.
Anggotanya PKR, DAP dan Parti Amanah yang diketuai Mat Sabu.
PAS bukan anggota dan tidak hadir pada mesyuarat meja bulat gabungan pembangkang baru itu di Subang Jaya Selasa.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang bercakap dalam sidang 
akhbar selepas mesyuarat itu juga umum mereka sepakat bahawa Datuk Seri 
Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri jika pakatan itu menang 
pilihanraya umum ke 14.
Setakat ini tidak dapat dipastikan peraturan apa yang digunapakai dalam hal itu.
Anwar yang dipenjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat Saiful 
Bukhari Azlan sepatutnya tidak boleh bertanding pilihanraya untuk tempoh
 lima tahun selepas keluar penjara.
Lagipun apa cerita orang yang sudah dicemari dengan kes liwat masih mahu ditonjolkan dalam agenda politik mereka.
Sementara itu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam 
satu kenyataan menegaskan PAS tetap tidak akan berkerjasama dengan DAP 
dan Parti Amanah.
Katanya PAS akan teruskan kerjasama dengan PKR.
Beliau juga memberitahu PAS hanya akan berkerjasama dengan pakatan baru itu dalam isu-isu menyangkut rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat,nasrudin Hassan dalam satu kenyataan 
menegaskan pendirian teguh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang
 menolak untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR 2.0) merupakan keputusan 
yang tepat dan pintar.
Menurutnya ketegasan itu memberi gambaran jelas bahawa PAS mempunyai 
matlamat tersendiri dalam menjamin masa depan parti itu daripada 
terjerumus ke dalam situasi yang keliru dan terumbang-ambing.
"PAS tidak berminat untuk menyertai PR 2.0 yang belum tentu wujud dan 
usaha mewujudkannya juga masih kabur sedang PRU 14 semakin hampir, PR 
versi asal masih utuh cuma perlu diperkukuh dengan lebih efektif," 
katanya.
Nasrudin menegaskan komitmen PAS masih dalam PR kerana yang terputus 
hanya tahaluf dengan DAP dan bukannya dengan PR yang masih mempunyai dua
 komponen tahaluf iaitu PAS dan PKR. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment