Tuesday, September 22, 2015

Malaysia Bakal Capai Status Negara Berpendapatan Tinggi Paling Awal Dalam ASEAN

Mendahului negara-negara ASEAN yang lain, Malaysia dijangkakan bakal menjadi negara terawal mencapai status berpendapatan tinggi berbanding China, India dan negara berpendapatan sederhana yang lain.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala, jangkaan ini dibuat berdasarkan simulasi oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) di bawah Bank Dunia terhadap beberapa negara berpendapatan sederhana yang terpilih di Asia.

Berdasarkan kajian yang dibuat, Malaysia bakal mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dan secara tidak langsung mendahului China dan Thailand. Negara China mengjangkakan bakal mencapai negara berpendapatan tinggi pada tahun 2026, Thailand pada tahun 2031 dan Indonesia tahun 2042. Tempoh paling panjang sekali ialah India iaitu pada tahun 2059.

“Filipina pula dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2051, Vietnam pada 2058 dan India menjelang 2059” kata Idris.

Walaupun negara berdepan dengan pelbagai masalah ketidakstabilan pasaran global serta kejatuhan matawang Ringgit, akan tetapi Malaysia beruntung kerana masih lagi mampu untuk berdiri dan menghadapi pukulan taufan yang dahsyat itu dan terus berdiri dengan megah.

Tambah Idris lagi, Malaysia akan terus berupaya untuk menyemai pertumbuhan negara yang kukuh dan stabil dengan kadar inflasi yang rendah. Dengan adanya perlaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), negara bakal disiapkan dengan jentera ekonomi yang mantap dan berkembang pesat searus dengan perlaburan swasta yang menjadi antara penyumbang terbesar sepanjang ETP dilaksanakan.

“Dalam tempoh 2011 hingga 2014, Kadar Pertumbuhan Tahunan yang Dikumpulkan (CAGR) perlaburan swasta yang direalisasikan meningkat 13.6 peratus berbanding 5.5 peratus dalam tempoh 2006 hingga 2010.

“Malah, sejak perlancaran ETP pada 2010, sector swasta menguasai nisbah perlaburan dengan pencapaian 64 peratus perlaburan pada tahun 2014 berbanding 54 peratus pada tahun 2006” katanya.

Malaysia juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana memiliki kepelbagaian ekonomi dan sumber-sumber yang lain, lantas mengurangkan tekanan dan kebergantungan kepada sumbangan hasil minyak dan gas.

Sector bukan minyak dan gas telah menyumbang lebih 80 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan lebih 70 peratus kepada baget negara. Malaysia kini berada dalam ‘Zon Selamat’ bersama dengan negara-negara maju seperti  Amerika Syarikat, Australia, Switzerland, Hungary dan Jerman.

“Meskipun berdepan persekitaran yang mencabar, kita akan terus menumpukan kearah mencapai status berpendapatan tinggi.

“Kita perlu focus kepada dasar yang baik dan pada masa sama memanfaatkan dalam bidang yang kita mempunyai kekuatan” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment